Rabu, 29 Oktober 2014

KARYA AKHIR



HASIL KARYA ARCA TIMBULAN



Seni arca : Antara tokoh-tokoh arca dunia dan Malaysia

Hai Sai Por



Hai Sai Por dilahirkan pada tanggal 19 Julai 1943 di Singapura. Merupakan seorang pegarca terkenal Singapura. Beliau mendapat pendidikan di Wolverhampton  University, United Kingdomdalam bidang seni halus. Antara anugerah yang pernah diterima oleh Hai Sai Por ialah Pingat Budaya Seni pada tahun 1995. Beliau digelar sebagai “perempuan pengukir Asia Tenggara”


 
Figure 4b  Beansprout Series #2 Hai San Por




“Bijih benih”
Tahun 2006



RAMLAN ABDULLAH



                                                         My Photo


Industry Arts
Occupation Assoc Professor UiTM
Location Shah Alam, Selangor, Malaysia





WAHDAH


BAYU UTOMO RAJIKIN




Bayu Utomo Radjikin dilahirkan pada 20 Mac 1969 di Tawau, Sabah. Beliau telah telah mendapat pendidikan di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor dalam bidang seni halus. Antara pencapaian beliau ialah pernah menerima Anugerah Utama ‘91 Kontemporari Young, Anugerah Khas One World- No War, dan Anugerah Kecil Salon Malaysia ‘91/’92.




  Bayu Utomo, 
   ‘Bujang Berani’, 1991,
             bahan:besi

Mad Anuar Ismail

Mad Anuar Ismail adalah seorang artis terkemuka Malaysia yang dilahirkan di Dungun, Pantai Timur Malaysia. Beliau merupakan seorang  artis sepenuh masa dan mempunyai  studio sendiri. Sekarang beliau tinggal di Kuala Lumpur bersama keluarganya.Beliau merupakan seorang lulusan Ijazah dalam Seni Halus. Kebanyakan karya-karya beliau ditangkap atau dirakam dari kehidupan nelayan di kampung nelayan di Terengganu. Kehidupan dan perjuangan untuk hidup melalui kesusahan dalam mendayung dan belayar bot mereka di   Laut China Selatan.



Mad Anuar Ismail
Pemain Rebat No.1, 1991
Ukiran kayu berukuran 400 x 240 x 100cm


SYED AHMAD JAMAL

Datuk Syed Ahmad Syed Jamal (19 September 1929 - 30 Julai 2011)  adalah seorang pelukis tersohor di Malaysia. Beliau adalah pemenang anugerah Seniman Negara Malaysia 1995. Syed Ahmad Jamal lahir pada 19 September 1929 di Bandar Maharani, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Tambatan Rendah (1936-1938), sebelum ke Sekolah Tambatan Tinggi (1939), Ngee Heng English School (1940), Bukit Zahrah English School dan English College, Johor Bahru sehingga 1949.
Dengan bantuan biasiswa Sultan Ibrahim, beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Birmingham School of Architecture (1950) sebelum mengambil keputusan mengikuti pelajaran seni di Chelsea School of Art, London (1951-1955)


  

PENGHASILAN PROJEK ARCA

proses penghasilan karya arca timbulan


bahan utamanya adalah tanah liat


saterusnya bongkah kayu 


papan playwood



paku


penukul besi

turpentine


plaster of paris

curving tools


silikon


akrilik


poster colour



berus


PROSES PENGHASILAN ARCA



masukkan tanah liat di dalam frame kayu berukuran 6 x 6




ratakan tanah liat di segenap ruang di dalam kayu tersebut


setelah rata, ditanggalkan dan dilukis lakaran di ats permukaan tanah liat


ukir lakaran yang telah di tekap tersebut




Bagi memudahkan proses mengukir tanah liat mahupun meluakkan tanah liat tersebut, ia perlu menggunakan gergaji yang telah diasah hujungnya seperti mata pisau. Proses ini adalah untuk meluakkan kawasan yang paling dalam agar menampakkan kesan ruang.








tanah liat yang telah siap di ukir


letakkan rubber silikon di atas permukaan tanah liat yang telah kering


biarkan rubber silikon tersebut kering sepenuhnya


hasil daripada rubber silikon




bancuh plaster of paris dengan menggunakan air












HASIL 














PERKEMBANGAN IDEA


sebelum menghasilkan arca timbulan ini kami dikehendaki melukis beberapa olahan idea berdasarkan tajuk khusus yang telah di beri iaitu:

TEMA PROJEK : WARISAN NEGERI " JOHOR DARUL TAKZIM"
SUBJEK IDEA : MUZIK GHAZAL




IDEA 1





IDEA 2







OLAHAN IDEA YANG DI PILIH






Rabu, 1 Oktober 2014

KAJIAN DAN SUMBER IDEA

TEMA PROJEK : WARISAN NEGERI " JOHOR DARUL TAKZIM"
SUBJEK IDEA : MUZIK GHAZAL


Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri Johor yang popular dewasa ini.Pada peringkat permulaannya, seni muzik ghazal ini disebut sebagai qamat yang bererti nyanyian dan beriuh rendah dikatakan berasal dari Tanah Arab.
Pada akhir abad ke-19, apabila kerajaan Johor menjalin hubungan yang erat dengan kerajaan Riau-Lingga, beberapa orang dari golongan bangsawan Johor sering berulang-alik ke Riau. Mereka sering dihiburkan dengan permainan ghazal. Ada di antara mereka itu telah mempelajari kesenian ini dan memperkenalkan kesenian ini di istana Sultan Johor yang pada ketika itu berada di Teluk Belanga,Singapura. Di Istana Teluk Belanga, kesenian muzik ghazal ini telah mendapat perhatian daripada sultan, pembesar-pembesar negeri dan lain-lain golongan istana. Justeru itu, perkembangan ghazal ke peringkat rakyat jelata menjadi cepat dan pesat. Apabila pentadbiran Johor berpindah dari Teluk Belanga ke Tanjung Puteri, kesenian ini turut diperkembangkan dengan lebih pesat lagi di Tanah Besar Johor.




Perkembangan seni muzik ghazal di Negeri Johor sering dikaitkan dengan nama Allhayarham Datuk Bentara Luar, Mohd. Salleh Bin Perang. Semasa membuka daerah-daerah baru di Johor, Datuk Bentara turut juga memperkenalkan seni ghazal dimainkan di rumah-rumah penghulu dan juga pada hari-hari keramaian tertentu.Selain daripada Allahyarham Datuk Bentara Luar, ramai lagi pembesar istana yang turut menyumbangkan tenaga dalam memperkenalkan kesenian muzik ini. Di antaranya ialah Ungku Ahmad Bin Mohd. Khalid (Ungku Chik), Ungku Mohammed Bin Mohd. Khalid , Ungku Sulaimen Bin Daud, Ungku Abdul Aziz Bin Abdul Majid dan Encik Dapat.

Di tengah-tengah arus perkembangan seni muzik ghazal di Johor pada ketika itu muncullah Haji Musa Bin Yusof atau lebih di kenali dengan panggilan Pak Lomak. Pak Lomak adalah cucu kepada Datuk Bentara Luar. Sebagai seorang anak yang lahir di tengah-tengah keluarga mencintai seni ghazal, Pak Lomak tidak dapat memisahkan dirinya daripada seni ini. Beliau telah mempelajari seni muzik ghazal ini dengan begitu mendalam sekali. Ditinjau daripada sudut sejarah perkembangan seni muzik ghazal di Johor dari tarikh perkembangannya bermula dari tempat asalnya di Tanah Arab hingga ke zaman Pak Lomak, perkembangan seni muzik ini telah melalui satu penjelajah yang agak panjang dan mengambil masa yang lama.





Peralatan muzik ghazal pada mula-mulanya terdiri daripada Peti Harmonium, Biola, Gambus dan Tabla atau Do(Gendang). Kemudian alat-alat ini ditambah lagi dengan beberapa jenis alat muzik yang sesuai seperti gitar, kecepi Jepun, Keroncong dan Marakas. Setelah itu dicampurkan dengan alat muzik yang lain seperti ukeleli dan sebagainya tetapi oleh kerana terlampau riuh dan mengganggu serta boleh menghilangkan silau dan lemah lembut lagu-lagu Melayu maka alat-alat itu dibatalkan. Hanya alat-alat yang dinyatakan di bawah ini sahaja di gunakan sebagai Muzik Ghazal Melayu Johor yang tradisional iaitu:-



Harmonium, alat muzik tradisional yang berasal dari India ini penting bagi Ghazal Melayu Johor.




Satu set alat tabela (tabla) yang juga merupakan alat muzik yang berasal dari India . Yang kecil dinamakan Din dan yang besar dinamakan Bam.




Gambus alat muzik yang berasal dari Timur Tengah ini merupakan alat muzik bertali yang perlu ada dalam Ghazal Johor.



Gitar sejenis alat muzik yang perlu untuk permainan Ghazal Melayu Johor. Alat jenis bertali ini sebagai alat melodi atau rentak.





Tamborin alat muzik perkusi yang menggantikan alat keroncong diperlukan sebagai alat tempo dan rentak.





Marakas sejenis alat perkusi yang diperlukan sebagai alat rentak dan tempo.



Violin alat muzik ini kecil sedikit daripada biola , tetapi biasanya disebut oleh orang-orang Melayu dengan sebutan biola sahaja. Alat jenis bertali ini adalah salah satu alat muzik dalam permainan Ghazal Melayu Johor