Selasa, 23 Disember 2014

HASIL KARYA AKHIR

PERAK MAN


PANDANGAN HADAPAN


PANDANGAN SISI


PANDANGAN SISI


PANDANGAN BELAKANG




 MIMIK MUKA PERAK MAN






















Isnin, 22 Disember 2014

PROSES PENGHASILAN PERAK MAN

LANGKAH 1


perlu membuat kotak bagi memudahkan untuk memasukkan plaster of paris






LANGKAH 2



masukkan perak man tersebut kedalam kotak yang telah dibuat



pastikan kedudukan perak man tersebut dalam keadaan yang betul


LANGKAH 3


Memasukkan pop kedalam kotak 




LANGKAH 4



keadaan perak man  di bahagian bawah 





LANGKAH 5



Korek clay tersebut 


pastikan tiada clay yang tertinggal di dalam pop



LANGKAH 6



letakkan timah di dalam tembikar 


seterusnya bakar timah sehingga cair


godak timah tersebut, patikan segalanya cair



buang taik timah



LANGKAH 7



Tuang timah tersebut di dalam acuan pop



berhati - hati semasa memasukkan timah tersebut



pastikan timah tersebut memenuhi acuan 



ratakan timah 



LANGKAH 8






LANGKAH 9







kemaskan lagi dengan menggunakan berus dawai























ALATAN DAN BAHAN


  

TANAH LIAT YANG TELAH DICAMPUR BERSAMA SILIKON



PLASTER OF PARIS


CURVING



TIMAH



MOUNTING BOARD


PISAU



DAWAI


PLAYAR



GAS


LIGHTER



TAPE

PERUBAHAN TEMA PENDIDIKAN KEPADA PERAK MAN

Manusia Perak (Perak Man) adalah rangka manusia yang tertua pernah dijumpai di Malaysia. Perak Man dijumpai di dalam Gua Gunung Runtuh di Bukit Kepala Gajah, Lenggong, Perak, Malaysia. Ia dijumpai pada tahun 1991 hasil penyelidikan yangijalankan oleh Malaysian Archaeological Research Centre, Universiti Sains Malaysia dengan Kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Hasil dari kajian dan penyelidikan yang dijalankan mendapati Perak Man adalah rangka manusia yang telah berusia diantara 10 000 hingga 11 000 tahun.









RANGKA PERAK MAN

Rangka Perak Man telah pun dipindahkan dari Gua Gunung Runtuh ke Muzium Arkeologi Lenggong dan diletakkan dalam kedudukan asalnya sebagaimana ia ditemui.
Perak Man adalah lelaki yang tergolong dalam kelompok manusia Australomelanesoid. Menjalani kehidupan bersama beberapa kelompok manusia prasejarah lebih kurang 10 000 tahun yang lalu dengan menjadikan gua sebagai tempat berteduh. Aktiviti utama Perak Man ialah memburu, memungut bahan-bahan yang boleh diperolehi daripada hutan dan sungai untuk menjalani kehidupannya. 


 

Perak Man telah meninggal dunia sewaktu berumur antara 40-45 tahun. Ia telah dikebumikan dengan upacara atau adat tradisi kaumnya dengan posisi foetal, iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada. Ia juga dikebumikan bersama dengan beberapa peralatan yang diperbuat daripada batu dan beribu-ribu siput sungai. Ketinggiannya dianggarkan dalam 154cm-160cm. Perak Man adalah rangka tulang manusia hampir penuh yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyai kecacatan genetik yang dikenali sebagai Brchymesophalangia.


 

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut sejarah penemuan rangka manusia prasejarah ini bolehlah berkunjung ke Muzium Arkeologi Lenggong yang terletak di Daerah Lenggong, Perak, Malaysia.