TEMA : PENDIDIKAN
MINIATURE BERTEMAKAN ALAT PENDIDIKAN
Bermulanya
pendidikan seni secara formal di negara kita,Malaysia adalah pada tahun 1816.
Iaitu sekolah yang terawal mengajar matap pelajaran pendidikan seni ialah
‘Penang Free School’ yang ditubuhkan pada tahun 1816. pada ketika itu seni
diajar mengikut gaya pendidikan barat.
Pendidikan
seni terus dikembangkan oleh seorang seniman tersohor negara iaitu Abdullah
Ariff. Beliau merupakan seorang guru dan penyelia lukisan di ’Anglo Chinese
School’, di Pulau Pinang. Pada tahun 1949, belau menjadi pengerusi Kesatuan Kesenian
Guru Pulau Pinang dan beliau merupakan ahli Penang Impressionist. Seterusnya
di Pulau Pinang juga pada tahun 1906, Chong Hua Confusius Pulau Pinang
memperkenalkan mata pelajaran seni kaligrafi dan anyaman yang diajar dalam
bahasa Cina. Pada
tahun 1916 pula Laporan Winstedt dikeluarkan bagi memperkemas sistem pendidikan
rendah di Tanah Melayu. Antara yang dinyatakan di dalam laporan tersebut ialah
sekolah melayu dan maktab mengajar mata pelajaran lukisan dan subjek anyaman
diletakkan di bawah subjek sains pertanian. Seterusnya
berkembanglah pendidikan seni di negara ini yang dipacu oleh
institusi-institusi pendidikan, buku-buku, pertubuhan seni, dan dasar-dasar
pendidikan. Antara intistusi pendidikan yang menawarkan pendidikan seni ialah
sekolah-sekolah, Sultan Idris Training College (1922), maktab perguruan ilmu
khas Kuala Lumpur(1960),institut Teknologi Mara (1967), Universiti Sains
Malaysia,Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 1997(yang berasal dari
Sultan Idris Training College- Maktab Perguruan Sultan Idris-Institut Perguruan
Sultan Idris- Universiti Pendidikan Sultan Idris ), dan banyak lagi. Buku-buku
yang diperkenalkan bagi mengajar subjek seni antaranya ialah Art and Crafts
oleh R.O Winstedt mengenai sejarah seni dan seni pertukangan, Pedoman Guru
Penggal Pertama(1928) oleh Winstedt juga yang berkenaan pengajaran lukisan dan
kerja tangan, buku Craft Work 1932 Third Year Practical ork for Senior Schools
yang ditulis oleh Taylor dan Snell, Buku Panduan Guru 1957 terbitan Kementerian
Pelajaran Persekutuan tanah Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka, The Art
Paper(1958) oleh Marjorie Clark dan W.T. Swinbanks yang diterbitkan oleh Donald
Moore dan seterusnya terdapat pelbagai buku lagi yang diterbitkan. Pendidikan
seni di negara kita juga dipacu oleh kewujudan pertubuhan dan institusi seni.
Antaranya ialah Wednesday Art Group (1951) yang diasaskan oleh Peter Harris
(seorang pengawas seni lukis di Kementerian Pelajaran), Majlis Kesenian Malaya
(1952) yang diasaskan oleh Tan Sri Mubin Sheppard dan Datuk Zainal Abidin Hj.
Abbas, Penang Teachers’ Art Circle, Malay Teachers Union (1954), Thursday Art
Group (1957), Balai Seni Lukis Negara, dan lain-lain. Dasar
kerajaan juga memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan seni
misalnya Penyata Rahman Talib. Pihak yang memainkan peranan sebagai pusat
perkembangan kurikulum yang bertanggungjawab menggubal kurikulum pendidikan
seni adalah Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini membuktikan
bahawa mata pelajaran pendidikan seni adalah antara mata pelajaran yang penting
sejak dahulu lagi terutama sekali sewaktu zaman penjajahan British kerana orang
Barat memandang seni dalam ruang lingkup dan skop yang luas. Bagi mereka seni
adalah sesuatu yang serius dan penting. Oleh itu, pemikiran seperti inilah yang
harus diterapkan dan ditanam dalam minda masyarakat di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan