Rabu, 1 Oktober 2014

PENGENALAN " APA ITU ARCA"

Definisi Orang Yunani purba' arca juga termasuk dalam pembuatan pemodelan bahan-bahan tersebut yang mudah dibentuk seperti tanah liat atau lilin untuk menghasilkan angka dalam melegakan (dengan kedalaman yang cetek) atau pada pusingan (berdiri sendiri-freestanding). Dengan bahan-bahan ini, orang-orang Yunani membangunkan standard yang ideal bagi bahagian indah untuk bentuk manusia yang diukir

Arca merupakan hasil seni berbentuk 3 dimensi ( 3D ). Arca berasal daripada perkataan ‘ sculpture ’ yang beerti mengukir, memotong, menebuk atau melarik


Definisi Orang Yunani purba' arca juga termasuk dalam pembuatan pemodelan bahan-bahan tersebut yang mudah dibentuk seperti tanah liat atau lilin untuk menghasilkan angka dalam melegakan (dengan kedalaman yang cetek) atau pada pusingan (berdiri sendiri-freestanding). Dengan bahan-bahan ini, orang-orang Yunani membangunkan standard yang ideal bagi bahagian indah untuk bentuk manusia yang diukir







Biasanya arca diletakkan di dalam suatu ruang untuk tujuan pameran. Nilai estetiknya dapat dihayati dengan pancaindera. Permukaan arca boleh dipegang dan arca boleh dipandang dari pelbagai sudut pandangan. Arca juga terdapat dalam bentuk realistik atau bentuk abstrak. Banyak arca dicipta melalui tempahan untuk memperingati sesuatu peristiwa bersejarah, atau kehidupan seorang tokoh.

Arca bertujuan sebagai seni awam yang  dipamerkan di luar, tetapi adakalanya juga dipamerkan di dalam bangunan awam untuk menegaskan sesuatu dengan cara yang lebih ketara daripada apa yang boleh ditekankan melalui penggunaan perkataan. Menjelang abad ke dua puluh, apabila seni mencapai dimensi baru, arca berubah kepada ciri abstrak dan membuka era baru dalam peradaban arca.

Ciri-Ciri Arca yang baik dan kreatif Arca yang kreatif dan baik haruslah dihasilkan menepati tema dan tajuk yang ingindiketengahkan oleh pengkarya. Kebiasaannya pengkarya ingin berkongsi tema bersama dengan pengarca yang lain. Tema yang ingin diketengahkan seperti perkongsian maklumat, dokumentasi, lonjakan paradigma, cetusan emosi dan perasaan. Semua persoalan yang ingin diketengahkan haruslah ada pada arca yangdihasilkan dan mampu menonjolkan persoalan berkenaan melalui hasilan pengkarya



walau bagaimana pun, arca dapat di takrifkan sebagai hasil seni halus yang mempunyai ciri 2D dan 3D yang mempunyai makna dan nilai estetik yang tinggi serta mempunyai bentuk kearcaan berdasarkan unsur dan prinsip rekaan.


Kategori Arca

Arca Berfungsi – arca yang dihasilkan mempunyai fungsi tertentu.Contohnya:  arca patung untuk tujuan keagamaan, alatan permainan di taman untuk permainan kanak-kanak,Tugu Negara dibina untuk memperingati jasa pahlawan negara yang terkorban memperjuangkan negara.

Arca Estetik - arca yang dihasilkan unrtuk diperagakan atau dinikmati keindahannya sahaja.  Bentuknya boleh abstrak, bebas dan realistik.  Ia mempunyai nilai intelek yang tinggi untuk difahami. Contoh arca estetik : “Bujang Berani” dihasilkan oleh artis Bayu Utomo Radjikin.  Bahan logam.

JENIS ARCA


Arca Mobail


Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerkannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang.

Arca Stabail


Berbeza dengan mobail, ia tidak terawang tetapi boleh bergerak kerana kedudukan yang boleh bergerak.•Arca GabunganArca gabungan ialah pengabungan beberapa jenis arca dalam menghasilkan karya. Gabungan ini bukan sahaja dari segi jenis malah teknik penghasilannya yang diserap dan dipengaruhi oleh disiplin lain seperti catan, cetakan dan sebagainya. Arca ini mempunyai pengaruh instalasi apabila penonton menikmati karya dengan berada dalam ruang persembahan arca tersebut dan bukan hanya di hadapan arca itu sahaja. Ini disebabkan ruang galeri telah menjadi sebahagian daripada karya. Tambahan pula, arca gabungan ini merupakan kombinasi daripada disiplin arca binaan, timbulan dan asemblaj

Arca Timbulan


Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.

Arca Mobail/Kinetik/Bergerak


Arca yang berupaya untuk bergerak, berputar atau berubah. Bahan yang digunakan spt kepingan logam, aluminium dan bahan yang ringan.  Alexander Calder adalah pelopor arca bergerak pada tahun 1930an.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan